PM Rusia positif Covid-19

Iklan
Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin. Foto: Agensi

MOSCOW - Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Berita itu diumumkan lewat petang semalam menerusi pautan video dengan Presiden Vladimir Putin yang disiarkan secara langsung di televisyen di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Pertama, Andrey Belousov bakal mengambil alih tugas Mishustin sepanjang proses pemulihan.

Difahamkan, Mishustin, 54, yang menggantikan Dmitry Medvedev pada Januari lalu, menerima keputusan ujian saringan Covid-19 semasa sedang bertugas di pejabatnya di Moscow.

Iklan

Sehari sebelumnya, beliau menghadiri mesyuarat pemerintahan yang diadakan secara tertutup.

Keputusan saringan itu menjadikan Mishustin pemimpin utama kedua dunia dijangkiti pandemik tersebut selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

Iklan

Johnson dimasukkan ke hospital kira-kira tiga minggu lalu selepas diuji positif Covid-19.

Semasa rawatan, tahap kesihatannya pernah dilapor merosot dan terpaksa dipindahkan ke wad unit rawatan rapi (ICU).

Sehingga semalam, Rusia merekodkan lebih 100,000 kes jangkitan dan lebih 1,000 kematian. - Agensi