Tadarus al-Quran bersama keluarga

Iklan
Rosly dan Habsah (kanan) bersama anak-anak dan cucunya meluangkan masa dengan tadarus al-Quran.

TEMERLOH - Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimanfaatkan sebaik mungkin buat sebuah keluarga di sini untuk memanfaatkan masa dengan tadarus al-Quran di rumah sepanjang Ramadan.

Bilal Masjid Temerloh Jaya, Rosly Harun, 62, dan isterinya, Habsah Serendang, 60, bersama anak-anak dan cucunya mengambil masa kira-kira 20 minit membaca al-Quran setiap hari.

Iklan
Iklan

Rosly memberitahu, tempoh Ramadan yang turut berlangsung dalam suasana PKP memberikan suasana sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

"Saya tetap jalankan tugas macam biasa ke masjid untuk laungkan azan dan tadarus dilakukan bersama keluarga sebelum Isyak selepas saya kembali dari masjid.

Iklan

"Kalau waktu siang, saya dan isteri melakukan bersama-sama dan telah menjadi rutin selama ini.

"Cuma tempoh PKP ini dapat bersama anak-anak dan cucu yang terkandas kerana telah berada di rumah sebelum PKP lagi," katanya telah bergelar bilal sejak 20 tahun lalu.

Iklan

Bapa kepada lima cahaya mata dan empat cucu itu mengakui ada hikmahnya pelaksanaan PKP kerana dapat meluangkan masa lebih banyak bersama ahli keluarga.

"Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia perlu patuh dengan arahan kerajaan dan berdoa supaya pandemik koronavirus (Covid-19) ini segera berakhir," kata beliau.