Penjawat awam nadi, tulang belakang negara: KSN

Iklan
Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Rela bertugas tanpa mengira waktu untuk melakukan ujian saringan Covid-19- Foto Bernama

KUALA LUMPUR- Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam.

Beliau berkata, penjawat awam merupakan nadi dan tulang belakang negara.

Iklan
Iklan

"Wabak #Covid-19 telah merubah paradigma baharu dari segi budaya kerja dan norma sosial masyarakat.

Namun produktiviti terus diutamakan demi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam entri terkini di laman media sosial rasmi beliau sempena Hari Pekerja, hari ini.

Iklan
Iklan

Terdapat kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini, termasuk petugas barisan hadapan seperti tenaga kerja kesihatan dan keselamatan yang kini bertungkus lumus memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).-Bernama