[VIDEO] 'Alligator' merangkak atas jalan raya

Iklan
Alligator merangkak, melintasi persimpangan lampu isyarat di Seffner, Florida mencemaskan pengguna jalan raya. - Foto Francis E Scott-Marr

SEFFNER - Bagaikan babak dalam sebuah filem, apabila seorang pengguna jalan raya terpaku melihat seekor 'alligator' merangkak, melintasi persimpangan lampu isyarat di Seffner, Florida.

Menerusi Daily Mail, momen menakutkan itu dialami oleh Francis E Scott-Marr.

Iklan
Iklan

Dia sedang memandu kereta untuk ke rumah rakannya sebelum ternampak alligator dengan saiz besar serta bergerak sekitar kawasan tersebut.

Bagaimanapun dikatakan reptilia itu dipercayai sesat yang akhirnya berjaya keluar dari jalan raya dengan selamat.

Iklan

Terdahulu, video berdurasi 21 saat dirakam oleh Francis E Scott-Marr tular di laman sosial.

Rata-rata netizen dan penduduk tempatan mengatakan mereka sudah biasa melihat keadaan tersebut dan mengucapkan, 'selamat datang ke Florida.'

Iklan