KEHADIRAN pemain Borusia Dortmund, Jadon Sancho ke Liverpool dilihat bakal membantu pasukan berkenaan untuk menjadi pasukan yang lebih baik.
Pertahanan kanan The Reds, Alexander-Arnold menyifatkan rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan England itu sebagai seorang pemain yang memiliki bakat yang sangat istimewa.
Justeru menurut Arnold, kehadiran Sancho akan turut membantu bagi memperkuatkan pasukan.
"Jika dia (Sancho) datang kepada kita, dia akan menjadikan pasukan sebagai pasukan yang lebih baik.
"Oleh, saya sangat gembira untuknya kerana saya pernah beraksi bersamanya ketika mewakili England dan dia seorang pemain yang berbakat istimewa,” katanya.
Untuk rekod, Sancho 20, sebelum ini telah pun dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, namun Arnold tetap mahu membawanya ke Liverpool.
Untuk rekod, Sancho telah meledak 14 gol setakat ini dalam saingan Bundesliga sebelum saingan liga berkenaan dihentikan akibat pandemik Covid-19.
Selain Arnold, pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi juga turut menyuarakan hasrat agar Sancho dapat menyarung jersi skuad The Blues itu dan beraksi bersamanya di Stamford Bridge.
Dalam pada itu Pengerah Borussia Dortmund, Michael Zorc berkata, kelab berkenaan masih kekal tenang di sebalik kesemua tawaran yang dibuat bagi mendapatkan Sancho.
Malah, Zorc berkata, pihaknya masih ‘bertenang’ ketika ditanya mengenai masa depan Sancho bersama gergasi Bundesliga itu.
"Pada ketika Covid-19 melanda di seluruh dunia hari ini dan menjejaskan kewangan bagi banyak pasukan, kita tidak fikir ada kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL) sanggup membayar harga yang kita letakkan nanti,” katanya.