Aktiviti sukan tidak melebihi 10 orang dibenarkan

Iklan
Kerajaan membenarkan aktiviti sukan yang tidak melebihi 10 orang mulai 4 Mei ini.

PUTRAJAYA - Kerajaan membenarkan aktiviti sukan yang tidak melebihi 10 orang mulai 4 Mei ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah badminton, tenis, joging, termasuk berbasikal dengan syarat orang ramai mengamalkan penjarakan sosial.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan tidak dibenarkan.

"Ini termasuk sukan bola sepak ragbi, renang ditempat awam dan semua acara sukan indoor dan stadium," katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung di semua stesyen televisyen di sini hari ini.

Iklan

Selain itu, beberapa kategori aktiviti yang tidak dibenarkan beroperasi melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan dan penjarakan sosial sukar dikawal.

"Antaranya ialah karaoke, pusat refleksologi, kelab malam, taman tema, bazar ramadan, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran," ujar beliau.

Iklan