Aplikasi MySejahtera, MyTrace bantu kesan kontak Covid-19

Iklan
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai 4 Mei ini.- fotoBERNAMA

PUTRAJAYA - Kerajaan telah mewujudkan aplikasi MySejahtera dan MyTrace untuk memudahkan petugas kesihatan melaksanakan pengesanan kontak terhadap individu yang pernah berada dekat dengan orang dikenal pasti positif pandemik koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya berharap semua rakyat yang mempunyai telefon pintar muat turun aplikasi ini untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan baharu.

Iklan
Iklan

"Dalam memerangi Covid-19, pengesanan kontak atau 'contact tracing' adalah sangat penting.

"Petugas kesihatan mesti tahu siapa yang pernah berada dekat dengan orang yang dikenal pasti positif Covid-19.

Iklan

"Untuk memudahkan pengesanan kontak, kerajaan telah mewujudkan aplikasi MySejahtera dan MyTrace," katanya pada perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan media sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya faham rakyat negara ini agak bimbang apabila sektor-sektor ekonomi mula dibuka kerana ramai yang akan keluar rumah untuk bekerja.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, rakyat tidak boleh terus terkurung untuk tempoh masa lama kerana ia boleh menyebabkan kehilangan sumber pendapatan.

"Apapun kita jangan panik dan jangan mengalah. Saya yakin dengan kemampuan para petugas barisan hadapan kita untuk menjalankan tugas mereka membendung wabak ini tetapi yang lebih penting ialah diri kita sendiri, tanggungjawab kita sendiri.

"Jaga kebersihan diri kita. Jangan keluar rumah kecuali jika perlu. Patuhi SOP yang ditetapkan pada setiap masa.

"Seboleh-bolehnya, jadikan bekerja dari rumah sebagai amalan normal baharu," katanya.