Tiga kes import Covid-19 direkodkan di Johor

Iklan
R Vidyananthan

JOHOR BAHRU - Tiga kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan di Johor semalam menjadikan jumlah kumulatif terkumpul sebanyak 663 kes.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, tiga kes baharu itu bukan kes tempatan sebaliknya adalah kes import warganegara Malaysia yang pulang dari Singapura.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka dikesan positif Covid-19 ketika sedang menjalani kuarantin di salah sebuah stesen kuarantin di daerah ini.

"Sehingga semalam Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan penambahan sebanyak tiga kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah kekal sebanyak 663 kes.

Iklan

"Untuk makluman, tiga kes baharu yang dicatatkan semalam bukan kes tempatan, sebaliknya adalah kes import warganegara Malaysia yang pulang dari Singapura," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Vidyananthan berkata, tiada kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor adalah kekal sebanyak 18 orang.

Iklan

Jelasnya, jumlah kes kumulatif sembuh meningkat kepada 382 kes.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa purata peratusan terhadap Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menunjukkan tiada perubahan iaitu kekal pada 97 peratus," katanya.