Rakam gambar rai hari terakhir 'berkurung' bertukar tragedi

Iklan
Olesya maut selepas tergelincir ketika bergambar di tepi tebing. -Foto Mirror

KAZAKHSTAN - Seorang pemandu pelancong maut terjatuh dari tebing pada ketinggian 35 meter ketika merakam gambar bagi meraikan berakhir perintah berkurung di Turki.

Menurut Mirror, Olesya Suspitsyna, 31, dari Kazakhstan hilang kawalan ketika mahu mengambil gambar dengan latar belakang keindahan air terjun di kawasan peranginan di sini.

Iklan
Iklan

Menurut media tempatan, mangsa dipercayai memanjat pagar keselamatan dan mula beraksi, namun tergelincir dan terjatuh.

Panik melihat kejadian itu, rakannya terus menghubungi polis dan pihak ambulans.

Iklan

Rakan karibnya, Olga Kravchuk berkata, Olesya sukakan laut dan impiannya mahu tinggal di situ menjadi kenyataan.

Mayat Olesya dijumpai di lereng terbabit dan petugas kecemasan menggunakan tali bagi kerja-kerja menyelamat.

Iklan