SUK Kedah saran penjawat awam kerja dari rumah
Iklan
Ammar Shaikh Mahmood Naim
ALOR SETAR - Kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini disarankan untuk bekerja dari rumah ataupun 'work from home' dalam usaha mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, bagaimanapun mereka perlu bersedia sekiranya diarahkan ketua pejabat untuk hadir ke pejabat dalam tempoh bekerja.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, jabatan kerajaan yang ingin mengadakan mesyuarat penting diminta mengamalkan penjarakan sosial ataupun menggunakan kaedah konferen video.
"Seperti biasa, kita menyambut Hari Pekerja hari ini bagi mengiktiraf kakitangan perkhidmatan awam yang selama ini memberi sumbangan dalam membangunkan negeri dan negara.
Iklan
"Namun, sambutan kali ini tidak dapat disambut seperti tahun-tahun sebelumnya susulan negara sedang berperang dan penularan wabak Covid-19," katanya dalam satu perutusan khas sempena Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2020 hari ini.
Menurutnya, penyebaran Covid-19 terbabit mengakibatkan kebanyakan operasi perkhidmatan kerajaan ditangguhkan.
Iklan
Katanya, mereka juga diharapkan menjaga kesihatan diri masing-masing dan mengamalkan penjarakan sosial, sekali gus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>