JAS pantau perlombongan haram di Tanah Merah

Iklan
Tuan Ibrahim Tuan Man

KOTA BHARU – Menteri Alam sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu Jabatan Alam Sekitar Kelantan melakukan pemantauan rapi kegiatan dipercayai perlombongan haram di Kampung Lawang, Tanah Merah di sini.

Menurutnya, pihak kementerian sentiasa memantau perkara tersebut terutamanya melibatkan aktiviti yang memberikan kesan kepada pencemaran alam sekitar.

Iklan
Iklan

"Pihak kita sentiasa memantau perkara ini terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan untuk kes di negeri ini, kerajaan negeri telah pun menyerahkan kepada polis untuk buat siasatan.

"Cuma saya mahu Jabatan Alam Sekitar negeri buat pemantauan rapi dan serahkan laporan terus kepada saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu, beliau hadir menyampaikan Gerobok Covid-19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Wisma Persekutuan di sini.

Sebelum ini, penduduk di kampung tersebut mendapati air sungai di kawasan itu semakin tercemar dan daripada pemerhatian dilakukan, mereka mendapati sekumpulan warga asing dipercayai melakukan aktiviti perlombongan haram semasa tempoh PKP.

Iklan

Perkara tersebut mendapat reaksi semua pihak dan kerajaan negeri telah pun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata, pemantauan yang berterusan dilakukan dalam tempoh PKP ini supaya tidak berlaku pencemaran.

"Kita tidak akan kompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan aktiviti membuat pencemaran, keutamaan kita ialah air mesti bersih.

"Secara keseluruhannya dalam tempoh PKP ini peningkatan kepada kebersihan udara dan alam sekitar adalah lebih baik, udara lebih baik,” katanya.