Nak potong 'sideburn', sekali tergunting sampai atas

Iklan
Gambar dan kapsyen dimuat naik Danial Zaini di Instagramnya.

PELAWAK dan penyampai radio, Danial Zaini berkongsi ‘fesyen’ rambut terbaharu kepada pengikutnya di Instagram selepas menggunting sendiri rambutnya.

Gambar berkenaan memaparkan rambut Danial seperti tidak habis digunting dan dia kelihatan bersedih.

Iklan
Iklan

"Iktibar untuk semua. Tadi lepas berbuka cuba nak potong 'sideburn', sekali tergunting sampai atas,” tulisnya.

Menurusi entri itu, Danial mengingatkan orang ramai tidak menggunting rambut sendiri jika tidak berkemahiran berbuat demikian.

Iklan

"Kalau tak reti potong rambut jangan cuba-cuba potong kawan-kawan. Nasib (baik) boleh tumbuh (balik),” ujarnya.

Pengikutnya rata-ratanya terhibur dan meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.

Iklan

"Menangis pun hensem,” komen Ariff.

"Eh apa pulak, masa PKP la nak buat benda bukan-bukan,” komen pula Yqasha.

Hantaran berkenaan mendapat 8,294 tanda suka dan 71 komen.