Pengorbanan Frontliners HKL

Iklan
Petugas-petugas KKM melakukan kerja dengan penuh dedikasi dalam menangani wabak Covid-19 walaupun jumlah pesakit positif Covid-19 berkurangan sejak beberapa hari lalu ketika tinjauan Sinar Harian di Hospital Kuala Lumpur semalam. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

BERMULA 18 Mac 2020, fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga sekarang, sudah lebih sebulan rakyat Malaysia berkorbang pelbagai perkara demi mematuhi arahan kerajaan.

Pengorbanan paling besar tentunya dalam kalangan barisan frontliners yang tetap komited melaksanakan amanah meski perlu tempuhi pelbagai kerenah.

Iklan
Iklan

Paling sibuk sudah semestinya kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan sahaja paling sibuk bahkan merekalah yang paling hampir dengan virus maut, Covid19.

Lebih sebulan berlalu, komitmen mereka masih jitu. Kurang rehat, waktu tidur terganggu, makan pun kadangkala tidak sempat tapi tidak sedikit pun mereka mengalah.

Iklan

Mereka masih teguh berdiri, ampuh berbakti demi pertiwi, demi memastikan Covid19 mati, demi memastikan rakyat tidak lagi dijangkiti.

Kini Ramadan menjelma namun kehidupan seharian mereka masih sama. Saban hari menyarung baju PPE, berkorban masa dan tenaga memeriksa rakyat Malaysia.

Iklan

Mungkin ramai menarik nafas lega melihat Covid19 semakin terkawal namun usahlah alpa, jangan lupa pengorbanan mereka.

Wajah mereka kelihatan ceria namun di dalam hati mereka, tiada siapa mampu menduga.

Sesungguhnya, pengorbananmu sangat bermakna buat rakyat Malaysia. Terima kasih KKM.