Terima kasih PM: Nora Danish

Iklan
Hantaran Nora Danish pada Instagram miliknya

PELAKON dan selebriti, Nora Danish menerusi Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila kerajaan membenarkan ketua keluarga membawa seorang lagi ahli untuk keluar membeli barangan keperluan.

Selebriti berusia 38 tahun itu menghantar foto memaparkan beliau bersama suami, Nedim Nazri di dalam kereta dan dalam perjalanan membeli barangan dapur.

Iklan
Iklan

"Bila kerajaan dah bagi kelonggaran boleh keluar berdua. Ya ALLAH seronoknya rasa. Walaupun beli barang dapur. Terima kasih PM,” katanya.

Jubah yang dipakai Nora Danish menerusi Instagramnya

Nora juga memuat naik gambar beliau mengenakan selendang dan jubah serba hitam dengan kapsyen,"Selalu pakai jubah pergi masjid atau berbuka bersama family dan kawan,” tulisnya pada hantaran yang lain.

Iklan

Pengikutnya yang juga gembira dengan kelonggaran tersebut turut menasihatkan Nora sentiasa menjaga keselamatan sepanjang berada di luar.

"Jaga keselamatan ya akak,” komen Deedee.

Iklan