PERMATANG PAUH - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Rektor wanita pertama yang baharu dilantik bermula hari ini.
Profesor Dr Salmiah Kasolang dilantik menjadi Rektor kesembilan universiti berkenaan bagi menggantikan Profesor Madya Dr Mohd Hisbany Mohd Hashim yang telah tamat tempoh lantikan sebagai Rektor UiTM Pulau Pinang semalam dan bertukar ke kampus Induk Shah Alam.