Penduduk Lombok protes tolak cadangan tutup masjid

Iklan
Paparan Instagram @instalombok_ tular di laman sosial.

LOMBOK - Penduduk kampung Bengkel, Lombok Barat berdemonstrasi di hadapan Masjid Nurul Huda menolak cadangan pemerintah untuk solat Jumaat dan solat sunat tarawih di rumah semasa wabak koronavirus (Covid-19).

Video berdurasi 10 saat yang dimuat naik di Instagram @instalombok_ menunjukkan orang ramai berhimpun di hadapan masjid menyarankan kerajaan supaya membuka masjid untuk mereka menunaikan solat tarawih dan solat Jumaat.

Iklan
Iklan

Tribun News melaporkan Ketua Perhubungan Awam Pemerintah Lombok Barat, Ahkam sangat menyesal dengan keadaan tersebut.

"Penduduk menganggap Covid-19 ini tidak berbahaya tapi sebaliknya wabak ini telah membunuh ramai manusia," katanya.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika ini rakyat perlu melakukan penjarakan sosial sosial bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 dan bukan berhimpun.