Gesa kerajaan PH bersikap adil

Iklan

SUNGAI PETANI - Pemuda Pas Kedah merakamkan simpati terhadap Presiden Skuad Badar dan pembantunya yang ditahan reman oleh pihak berkuasa.

Ketuanya, Salim Mahmod merangkap Adun Bukit Lada berkata, semua pihak disaran bertenang dan mematuhi undang-undang negara selain tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak menggangu siasatan polis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam isu terbabit kerajaan perlulah bersikap adil dan telus serta tidak bersikap 'double standard' terhadap siasatan yang ingin dijalankan.

"Suka untuk kami ingatkan kepada kerajaan PH yang membawa Malaysia Baharu ini supaya bersikap lebih telus dalam mengadili sesuatu perkara dengan tidak bersikap 'double standard' dengan mengambil kira hanya satu laporan polis sahaja boleh menangkap Presiden Skuad Badar sedangkan sebelum ini beratus-ratus laporan polis dibuat kepada Menteri Perpaduan Malaysia yang melakukan kesalahan lebih berat, namun di sana tiada penangkapan dibuat," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurutnya, pihak berkuasa agama hendaklah lebih proaktif menjalankan amal maaruf nahi mungkar agar rakyat berasa gerun dari melakukan perbuatan kemungkaran dan yang bercanggah dari norma masyarakat timur.

"Dalam hal ini kami berpandangan bahawa kerja-kerja amar makruf nahi mungkar terletak kepada bahu umat Islam dalam mencegah kerana dari sehari ke sehari ia semakin menjadi penyakit yang parah melanda umat Islam, khususnya di negeri Kedah," katanya.

Iklan

Beliau berharap, umat Islam perlu saling berganding-bahu antara satu sama lain dengan kombinasi operasi antara pihak penguatkuasaan dan masyarakat dalam membanteras kegiatan maksiat serta kemungkaran dalam kalangan umat Islam selain berlumba-lumba membuat kebaikan suatu perkara yang dituntut dalam agama.

"Kami Pemuda Pas Kedah kesal sekiranya di sana ada sekumpulan manusia tidak senang dengan aktiviti Skuad Badar ini sehingga laporan polis dibuat.

"Perbuatan bersembunyi tangan dengan mengunakan pihak tertentu dianggap pengecut dan bagi menutup kelemahan sendiri.

"Bersikap adillah dalam sesuatu perkara, kerana keadilan itu akan menjamin keharmonian masyarakat dalam negara yang kita cintai," katanya.