Rodgers tak rela tengok Liverpool gigit jari lagi

Iklan
Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan lagi untuk muncul juara EPL.

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers mengakui amat memalukan sekiranya Liverpool sekali lagi gagal menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas pernah kecewa pada musim 2013/14 ketika di bawah kendaliannya.

Rodgers hampir membawa Liverpool menjulang trofi EPL pada musim tersebut, namun kecewa apabila dipintas saat akhir oleh Manchester City dan hanya terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua.

Iklan
Iklan

"Mereka menjadi pasukan yang sangat terbaik dan konsisten. Tahap permainan mereka sangat berkualiti dan merupakan pasukan paling layak menjulang trofi EPL musim ini.

"Jadi akan sangat memalukan jika mereka gagal. Mereka sudah menunggu sangat lama. Tetapi, Jurgen Klopp (pengendali Liverpool) akan juga seperti orang lain mengharapkan liga dapat kembali dipertandingkan dalam keadaan yang selamat," katanya.

Iklan

The Reds ketika ini sedang berada di kedudukan teratas liga dengan 25 mata dan hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk menamatkan penantian 30 tahun menjuarai EPL musim ini.

Namun, kejuaraan skuad kendalian Klopp itu bagaikan tertangguh apabila liga dihentikan sementara waktu akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Iklan

Rodgers berkata, dia juga tidak sanggup untuk melihat kejuaraan Liverpool dirampas musim ini dengan penyokong Liverpool sudah pasti mengharapkan trofi tersebut menjadi milik kelab Merseyside itu.

"Ketika saya membimbing Liverpool dulu, kami sangat hampir dan akan menakjubkan jika kami berjaya melakukannya. Tapi sudah takdir ia bukan untuk kami.

"Kami sudah terbayang untuk meraikan kejuaraan tersebut tetapi tidak berjaya dan kami perlu melupakannya. Tetapi, saya harap trofi EPL musim ini akan jadi milik Liverpool," katanya.