AS guna ubat Remdesivir rawat pesakit Covid-19

Iklan
Remdesivir pertama kali dibangunkan untuk merawat Ebola tetapi tidak meningkatkan kadar survival seperti ubat lain. - Foto Agensi

WASHINGTON - Pengawal selia Amerika Syarikat (AS) meluluskan pengunaan ubat Remdesivir untuk penggunaan kecemasan merawat pesakit koronavirus (Covid-19).

Perkara itu diumumkan Presiden Donald Trump semalam.

Iklan
Iklan

Langkah itu diputuskan selepas antivirus yang dihasilkan Gilead Sciences, menunjukkan kejayaan dalam percubaan klinikal bagi memendekkan tempoh pemulihan kepada beberapa pesakit Covid-19.

Syarikat itu sebelumnya mengumumkan akan menyumbangkan 1.5 juta dos secara percuma.

Iklan

Ini bersamaan kira-kira 140,000 rawatan dalam tempoh 10 hari.

Remdesivir yang diberikan melalui suntikan, sudah tersedia untuk beberapa pesakit yang mendaftar dalam ujian klinikal.

Iklan

Sementara itu, Ketua Saintis di Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara (NIAID), Anthony Fauci berkata, walaupun tidak dianggap sebagai penyembuh ajaib, percubaan Remdesivir mencapai 'bukti konsep' yang mungkin membuka jalan kepada rawatan lebih baik.

Remdesivir pertama kali dibangunkan untuk merawat Ebola tetapi tidak meningkatkan kadar survival seperti ubat lain. – AFP