Anggota polis dan tentera memeriksa kenderaan yang melalui sekatan jalan raya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar ibu kota hari ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengurangkan sekatan jalan raya mulai Isnin ini dan akan memfokus kepada penguatkuasaan pematuhan penjarakan sosial selain mengekang kemasukan pendatang tanpa izin serta kegiatan penyeludupan.