Lagi tiga kes import Covid-19 direkod di Johor

Iklan
Tiga lagi kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri ini semalam melibatkan kes import membabitkan warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura.. - Foto 123RF

JOHOR BAHRU - Tiga lagi kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri ini semalam melibatkan kes import membabitkan warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, warga tempatan itu disahkan positif selepas pulang dari republik itu dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes positif di negeri ini adalah sebanyak 666 kes.

"Untuk tempoh semalam juga, tiada kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 18 orang.

Iklan

"Statistik kes sembuh juga meningkat kepada 398 dan mereka sudah dibenarkan pulang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Vidyananthan berkata, sehingga 1 Mei, sebanyak 1,461 lokasi telah dilakukan sanitasi awam melibatkan 578 bangunan kerajaan, rumah ibadat (136), tempat awam (331) dan 416 pelbagai premis lain.

Iklan

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor turut melakukan sanitasi awam ke atas sembilan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK).

"JBPM juga melakukan 20 operasi nyahcemar terhadap kenderaan institusi pengajian tinggi (IPT) melibatkan 74 buah bas, 20 buah van dan 17 kereta," katanya.