Lampu biru hiasi Menara TH sempena Program Light it Blue

Iklan
Beberapa bangunan kerajaan, bangunan komersial termasuk bangunan Menara TH Tun Razak dan jalan-jalan tertentu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diterangi dengan lampu biru setiap malam hingga 3 Mei.

KUALA LUMPUR - Bagi menghargai petugas barisan hadapan yang berkhidmat dalam menangani wabak koronavirus (Covid-19), Lembaga Tabung Haji (TH) turut menyertai Program Light it Blue atau Limpahan Lampu Biru bermula Khamis lalu hingga esok.

Program bermula jam 10.30 malam hingga 1 pagi itu antara inisiatif kerajaan menzahirkan tanda penghargaan dan solidariti kepada semua petugas barisan hadapan negara khususnya di Wilayah Persekutuan.

Iklan
Iklan

TH menerusi satu kenyataan memaklumkan, Menara TH di Kuala Lumpur turut dilimpahi cahaya biru sempena Program Light it Blue sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang berjuang mengekang penularan wabak Covid-19.

"Beberapa bangunan kerajaan, bangunan komersial termasuk bangunan Menara TH Tun Razak dan jalan-jalan tertentu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diterangi dengan lampu biru setiap malam hingga 3 Mei (esok),” menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan