Wanita 106 tahun di Perancis pulih jangkitan Covid-19

Iklan
Helene Lefevre, yang juga penghuni rumah jagaan orang tua di Yvelines disahkan dijangkiti Covid-19 pada 15 April lalu. FOTO: Sumber internet

MOSCOW - Seorang wanita berusia 106 tahun di Perancis yang dijangkiti Covid-19 berjaya sembuh, lapor agensi berita Sputnik, memetik media negara itu.

Menurut akhbar Parisien, Helene Lefevre, yang juga penghuni rumah jagaan orang tua di Yvelines disahkan dijangkiti Covid-19 pada 15 April lalu.

Iklan
Iklan

Beliau tidak memerlukan rawatan di hospital dan hanya dikuarantin di biliknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Iklan

Sehingga kini, lebih 3.3 juta orang di seluruh dunia sudah dijangkiti, dengan lebih 237,000 kematian, menurut Johns Hopkins University.

Perancis mengesahkan 167,303 kes setakat ini, dengan korban seramai 24,628 manakala 51,124 pesakit pulih.- Bernama

Iklan