Jangan bimbang soal penajaan

Iklan
Sathianathan

"TAJAAN menerusi televisyen dan media sosial lebih hebat berbanding di stadium.”

Itu reaksi Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berhubung keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang merancang meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada September depan.

Iklan
Iklan

Sathianathan berkata, tontonan perlawanan bola sepak di televisyen mahupun di media-media sosial adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah kehadiran penonton di stadium.

Justeru, beliau menasihatkan setiap pasukan yang bertanding dalam Liga-M tidak perlu bimbang berhubung penajaan selagi saingan musim ini tidak dibatalkan.

Iklan

"Kalau tak ada penonton di stadium, kita masih boleh teruskan kerana bagi saya, penaja bukan untuk yang datang ke stadium tetapi lebih kepada untuk yang menonton di kaca televisyen.

"Saya ambil contoh pasukan Selangor, yang datang stadium mungkin dalam 20,000 penonton tetapi yang tengok di Facebook, televisyen lebih ramai dan lebih hebat.

Iklan

"Kalau saya, Sathia & Company yang taja, saya lebih rela menyaksikan perlawanan di televisyen, hampir satu juta yang menonton. Di stadium, mungkin hanya beberapa ribu penonton sahaja. Jadi selagi tak batal liga, mereka (pasukan) akan dapat penajaan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sathianathan turut menyifatkan perancangan baharu MFL itu sebagai satu langkah terbaik bagi ‘menyelamatkan’ arena bola sepak negara.

"Ini kerana kita tak boleh batalkan semua, kalau batalkan semua, implikasinya jauh lebih besar terutamanya kepada para pemain yang berstatus pemain kebangsaan.

"Kalau sampai September tak ada latihan atau aksi kompetitif, bagaimana hendak sediakan pasukan kebangsaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 nanti,” jelasnya.