Bergaduh sebab salah faham

Iklan
Kejadian tular di media sosial semalam.

SHAH ALAM - Polis mengesahkan pergaduhan melibatkan seorang penghantar makanan dan pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di sini, semalam yang tular di media sosial berpunca akibat salah faham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, polis telah mengambil rakaman percakapan mereka dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kes itu akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

"Berdasarkan siasatan awal dijalankan, punca kejadian adalah kerana selisih faham di antara kedua pihak berhubung tempat letak motosikal yang salah oleh pekerja penghantar makanan tersebut manakala pengawal keselamatan cuba bertindak mengunci motosikal tersebut hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan berlaku pergaduhan antara mereka.

Iklan

"Kedua-duanya mengalami kecederaan luaran di bahagian kepala dan badan serta telah mendapat rawatan pesakit luar di hospital berhampiran," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Baharudin berkata, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut dan pihak polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya perkara itu berlaku.

Iklan