Wanita 101 tahun kebal Covid-19, Spanish Flu

Iklan
Angelina Friedman berusia 101 tahun. Kredit foto CNN

MOHEGAN LAKE - Seorang wanita berusia 101 tahun yang tinggal rumah jagaan di Mohegan Lake, New York berjaya pulih dari jangkitan koronavirus (Covid-19).

Difahamkan Angelina Friedman sebelum ini juga pernah pulih dari penyakit barah, keguguran, pendarahan dalaman dan Spanish Flu.

Iklan
Iklan

Menurut CNN, seorang pentadbir rumah jagaan itu memberitahu Angelina telah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjalani hari tuanya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Angelina dilahirkan pada tahun 1918 dalam sebuah kapal perang yang membawa pendatang Itali ke New York City dan ketika itu sedang menularnya wabak Influenza 1918.

Iklan

Sementara itu, keluarga Angelina pula berkata, mereka tidak terkejut apabila wanita berkenaan sembuh dari Covid-19 kerana DNA superhuman terdapat dalam dirinya.

Anak perempuannya, Joanne Merola berkata, ibunya dijangkiti Covid-19 dan terpaksa dikuarantin.

Iklan

Menurutnya, ibunya mengalami demam sepanjang tempoh kuarantin dan didapati sembuh dari Covid-19 selepas beberapa hari dirawat.

"Ibu dan ayah saya menghidap penyakit barah namun ibu berjaya sembuh,” katanya.