Banjir kilat di Simpang Pulai, Tapah

Iklan
Tujuh rumah dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Tapah. Foto: JBPM PERAK
IPOH - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini, dibuka bagi menempatkan enam keluarga setelah rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan laporan banjir kilat itu diterima pada jam 7.58 petang membabitkan kawasan Kampung Sengat, di sini.

"Pemeriksaan mendapati terdapat enam rumah dinaiki air separas 0.9 meter.

"PPS dibuka di dewan berhampiran dan enam keluarga telah dipindahkan. Operasi pemantauan masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, bomba turut menjalankan operasi menyelamat apabila menerima laporan banjir kilat melibatkan Kampung Sami di Tapah.

"Panggilan diterima pada jam 7.13 petang dan setibanya di lokasi, terdapat tujuh rumah dinaiki air setinggi 0.9 meter.

"Operasi penyelamatan sedang dijalankan,” katanya.