Kedah tangguh pelaksanaan PKPB

Iklan
Mukhriz Mahathir - Foto Bernama

ALOR SETAR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam ditangguhkan pelaksanaannya di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, penangguhan itu sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas Covid-19) membuat keputusan mengenainya pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai zon hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus Covid-19.

"Keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi. Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakan sosial," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Iklan

Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB dan kelonggarannya akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.

Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai zon hijau setelah tiada lagi kes aktif Covid-19 dikesan di semua daerah.

Iklan

Dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPB mulai Isnin ini di mana sebahagian besar aktiviti ekonomi dibenarkan. - Bernama