Trump gelar penunjuk perasaan bersenjata orang baik-baik

Iklan
Anggota kumpulan militia Michigan United for Liberty menyerbu bangunan capitol di Lansing, Michigan bagi membantah perintah lockdown. - Foto Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan kumpulan bersenjata yang menyerbu bangunan capitol di Lansing, Michigan pada Khamis lalu sebagai orang baik-baik.

Trump turut menggesa supaya Gabenor Gretchen Whitmer bersemuka dan berunding dengan kumpulan tersebut yang berhimpun buat kali kedua bagi memprotes pelaksanaan perintah lockdown bertujuan mengekang penularan koronavirus (Covid-19) di negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Gabenor Michigan beri mereka peluang. Mereka ini orang baik-baik tetapi mereka amat marah.

"Mereka hanya mahu kehidupan kembali normal. Jadi, jumpa dan bercakap dengan mereka. Buat perjanjian," kata Trump di Twitter.

Iklan

Terdahulu, keputusan Whitmer melanjutkan tempoh lockdown sehingga 28 Mei ini menimbulkan kemarahan penduduk terutamanya penyokong tegar Trump kerana mendakwa gabenor dari parti Demokrat itu melanggar hak konstitusi mereka.

Pada Khamis lalu, protes anti lockdown di Michigan bertukar tegang apabila penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya membawa rifle menyerbu bangunan capitol dan cuba masuk ke ruang utama bangunan untuk bersemuka dengan Whitmer.

Iklan

Polis terpaksa dipanggil bagi menghalang kumpulan berhaluan kanan itu yang jelas mengabaikan penjarakan sosial dan tidak memakai topeng muka.

Difahamkan, tunjuk perasaan itu yang digelar ‘American Patriot Rally’ dianjurkan oleh kumpulan militia Michigan United for Liberty yang dianggotai hampir 9,000 ahli.

Apa pun, kenyataan Trump seolah-olah merestui tindakan kumpulan terbabit yang jelas membahayakan nyawa orang lain.

Pada 2017, Trump berdiam diri berhubung keganasan di Charlottesville, Virginia selepas tunjuk perasaan pelampau kulit putih dan neo-nazi bertukar ganas.

Beliau sebaliknya menggelar kumpulan nasionalis kulit putih itu sebagai 'orang yang sangat baik' dan menyalahkan media kerana memberi gambaran yang salah berhubung protes berkenaan. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan bersenjata serbu bangunan capitol Michigan