MESKIPUN sudah berpisah dan membawa haluan hidup masing-masing, pengacara popular Ally Iskandar dan bekas isterinya, Farah Lee, tetap mempunyai hubungan yang baik demi anak tunggal mereka Maream Esabel, 4.
Dua hari lalu, Ally telah memuat naik sekeping dan dengan menulis kapsyen ‘empat puluh tiga’, yang merujuk ulang tahun kelahirannya yang disambut pada hari tersebut.
Namun apa yang menariknya, dalam sederetan komen dan ucapan tahniah yang dibeirkan peminat dan rakan-rakan Ally, terselit ucapan daripada bekas isterinya itu dan sekaligus menarik perhatian ramai.
Apatah lagi, Farah yang kini sednag menyambung pelajaran peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom itu dengan selamba mendoakan agar Ally dipertemukan pengganti secepat mungkin.
"Ehhhh birthday daddy eh harini.? Alamak lupa mianhaeee nanti omma bagitahu Maream. Anyway saengil chuka hamnida daddy Maream! Moga Allah rahmati dan bagi #ommabaru secepat mungkin hiks,” tulisnya.
Komen tersebut membuat ramai pengikut Ally turut mendoakan perkara yang sama, tidak ketinggalan yang menjadikan ia sebahai bahan untuk mengusik Ally.
Ally dan Farah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, sebelum bercerai pada 17 Ogos 2016.