Polis maut dirempuh pemandu mabuk ketika SJR

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan pemandu terbabit. - Foto Bomba Selangor

SEMENYIH - Seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas arah Plaza Tol Kajang Selatan di sini maut selepas dirempuh pacuan empat roda, awal pagi tadi.

Mangsa, Koperal Safwan Mohd Ismail yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan
Mangsa yang sedang bertugas di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas arah Plaza Tol Kajang Selatan, Semenyih, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dirempuh sebuah Toyota Hilux, awal pagi tadi

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 2 pagi itu dipercayai berlaku ketika kenderaan Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum terbabas melanggar SJR hingga merempuh mangsa.

"Kemalangan menyebabkan mangsa maut akibat kecederaan parah dan siasatan awal punca kemalangan dipercayai akibat pemandu terbabit yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu dipercayai berlaku ketika kenderaan Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum terbabas melanggar sekatan jalan raya hingga merempuh mangsa.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan

"Kemalangan menyebabkan pemandu Toyota Hilux berusia lingkungan 40-an terbabit mengalami kecederaan di kepala," katanya.

Koperal Safwan yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Bomba Selangor.