Bukti PH perjuang kebebasan maklumat

Iklan
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Peningkatan ketara pengamal media Malaysia iaitu sebanyak 22 mata menduduki tempat ke-101 dalam indeks tahunan Kebebasan Media Dunia 2020 bukti jelas kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi ruang kebebasan bermaklumat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan indeks tahunan dikeluarkan Reporters Without Borders atau Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) turut menunjukkan pentadbiran PH terus mendukung kewujudan industri media yang profesional, bertanggungjawab dan bebas, seiring dengan konsep demokrasi dan negara hukum.

Iklan
Iklan

"Media terus menjadi rujukan utama masyarakat terutama ketika berlaku krisis.

"Media melaporkan berita yang telah disahkan dan tepat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau kecelaruan fakta.

Iklan

"Bersempena Hari Kebebasan Media Sedunia hari ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pengamal media di Malaysia atas kejayaan peningkatan ketara naik 22 mata untuk menduduki tempat ke-101 dalam indeks tahunan Kebebasan Media Dunia 2020," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PH berkata, dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pengamal media mereka juga terdedah dengan risiko dan keselamatan diri terutama di negara yang mencengkam kebebasan media.

Iklan

"Salut saya kepada mereka yang berkorban dan yang berada di barisan depan, terutamanya saat rempuhan wabak Covid-19, yang semestinya meletakkan mereka berisiko untuk terdedah kepada jangkitan," katanya.