Pekerja sebuah butik pakaian, Nurul Akma Sulong (kanan) bersama rakan sekerja melakukan persiapan untuk memulakan operasi pada esok ketika tinjauan di KTCC Mall, Kuala Terengganu hari ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu mengumumkan kerajaan membenar sektor ekonomi dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat bermula 4 Mei ini. Dengan ini kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan menyaksikan sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan COVID-19. - Foto Bernama
Persiapan Mula Operasi
Iklan