SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menolak tawaran pelantikan untuk menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menurut laporan Free Malaysia Today, Mohamad berkata, tindakan itu diambil kerana beliau mahu memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
Iklan
Iklan
"Ya, saya tolak jawatan di sebuah GLC.
"Saya mahu beri tumpuan sepenuhnya pada parti,” katanya dipetik sebagai berkata.
Sebelum itu, tular di media sosial satu senarai pelantikan sejumlah pemimpin UMNO bagi mengetuai GLC dan nama Mohamad turut dikaitkan antara yang akan dilantik sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Beberapa nama lain seperti, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan akan dilantik sebagai pengerusi Petronas, Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid akan dilantik sebagai pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman pula bakal menjadi pengerusi Prasarana Malaysia Bhd.
Selain itu, difahamkan dari kalangan senarai nama pemimpin yang tersebar, hanya Mohamad dikatakan menolak tawaran tersebut.