Tidak semua industri beroperasi di Selangor esok: MB

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor belum membuat keputusan untuk membenarkan semua industri di negeri ini beroperasi esok bagi memastikan tidak berlaku peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan dilakukan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mendapatkan kaedah penguatkuasaan terbaik.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, PBT beberapa perkara perlu diambil kira kerana penguat kuasa PBT tidak dapat melakukan pemantauan terus di semua kedai, restoran, pusat riadah dan pusat hiburan.

"Kita tidak mahu ‘crash landing’ dengan erti kata lain, kita akan cuba melihat peringkat demi peringkat dan melihat kesiapsiagaan PBT,” katanya ketika meninjau beberapa lokasi Bazar Ramadan E-Kitchen yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor serta Grab.

Iklan

Amirudin juga bimbang situasi di pusat jagaan kanak-kanak serta warga emas yang menghimpunkan kira 30 individu dalam satu masa.

"Bagaimana kita mahu memastikan kanak-kanak ini terjaga dan juga keadaan di pusat jagaan orang tua," katanya.

Iklan

Jelasnya, perlu adanya garis panduan teliti bagi melihat kaedah pelaksanaan yang benar-benar berkesan.

"Garis panduan itu semua kita akan cuba dapatkan kata putus esok. Tapi saya nak maklumkan, pelaksanaan tidak boleh segera (tergesa-gesa) pada Isnin ini berjalan semua sebagaimana yang dianggapkan,” katanya.