Maritim jumpa bot sotong tanpa pengemudi
Iklan
Lokasi penemuan bot mencandat sotong itu. Gambar kecil, Hasrul.
LANGKAWI - Seorang nelayan dikhuatiri hilang susulan penemuan bot mencandat sotong tanpa pengemudi berhampiran Pulau Buyong, Langkawi, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata, pihaknya menemui bot itu kira-kira jam 12.05 tengahari tadi dalam satu rondaan.
Iklan
Iklan
Katanya, sebuah bot mencandat sotong tanpa pengemudi telah dijumpai berhampiran tenggara Pulau Buyong setelah kapal Maritim Malaysia yang dalam tugas rondaan menerima maklumat awal dari komuniti nelayan Pulau Tuba.
"Setibanya di lokasi, seorang lelaki dipercayai abang mangsa yang dikenali sebagai Asmadi telah berada di bot berkenaan dan mengesahkan bahawa bot tanpa pengemudi itu milik adiknya.
Iklan
"Bot mencandat sotong itu milik, Hasrul Mat Hashim, 41, yang berasal dari Kampung Selat Bagan Nyior, Langkawi, dan dia keluar ke laut untuk mencandat sotong pada jam lebih kurang 5:30 petang, semalam," katanya.
Sehubungan itu, katanya, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada jam 12:45 tengahari tadi berikutan penemuan bot berkenaan.
Iklan
Menurutnya, usaha mencari itu melibatkan sebuah kapal daripada Maritim Malaysia dan sebuah bot daripada Angkatan PertahananAwam Malaysia (APM), malah maklumat bantuan aset juga telah disalurkan kepada agensi-agensi berkaitan.
Orang awam menerima sebarang petanda ataupun maklumat berkaitan kehilangan nelayan terbabit boleh melaporkan kepada Maritim Malaysia menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam