Terengganu laksana PKPB esok!

Iklan
Dr Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yaasin pada 1 Mei lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyelamatkan ekonomi rakyat dan negeri yang agak lesu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan
Iklan

"Ia juga berasaskan kebajikan rakyat dan perkembangan terkini kes koronavirus (Covid-19) di Terengganu yang bertambah baik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk membuat perubahan pada PKPB supaya kembali lebih ketat sekiranya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah di tahap rendah dan memberi kesan pada status kesihatan rakyat.

Iklan

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri tetap memandang serius pelaksanaannya dan terus komited dengan apa sahaja langkah pencegahan terutama dari segi pematuhan ketat SOP yang akan dinilai dari masa ke masa.

"Semua pihak juga perlu memainkan peranan terutamanya agensi dan jabatan kerajaan termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Iklan

"Terus tingkatkan munajat kepada ALLAH SWT agar wabak pandemik ini segera dipulihkan dan kita semua sentiasa dalam perlindungan-Nya,” katanya.