Keutamaan kerajaan kini pantau SOP PKPB: Ismail Sabri

Iklan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini.-Foto Bernama

PUTRAJAYA - Semua anggota penguat kuasa undang-undang termasuk polis dan tentera akan ditumpukan terhadap pemantauan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di setiap kawasan bermula 4 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penumpuan terkini itu akan menyaksikan inisiatif penempatan mereka untuk aspek pemantauan tempat awam akan ditamatkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, persetujuan kerajaan adalah keutamaan memantau SOP PKPB berbanding mengawal pergerakan rakyat sebagaimana tumpuan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

"Dari segi sekatan perjalanan, mungkin akan dikurangkan bergantung kepada keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan

"Apabila kenderaan awam dibuka selepas ini, mungkin ada anggota Ikatan Relawan Nasional (Rela) yang akan ditempatkan dalam gerabak kereta api dan Transit Aliran Massa (MRT) bagi memantau penjarakan sosial penumpang.

"Sekarang, bagi kerajaan yang penting adalah mengawal pematuhan PKP dan PKPB dan bukan pengawalan keluar orang awam seperti sebelum ini," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, rakyat Malaysia yang masih memohon untuk pulang ke bandar dari kampung atau sebaliknya boleh melaporkan permohonan itu kepada PDRM sekiranya aplikasi mudah alih Gerak Malaysia mengalami gangguan.

"Katakan aplikasi Gerak Malaysia itu 'crash', mereka masih boleh mengambil opsyen kedua iaitu melaporkan terus kepada polis untuk pulang ke kampung.

"Oleh kerana permulaan pergerakan pulang ke bandar dari kampung oleh pemohon-pemohon ini bermula 7 Mei nanti, polis sedang menyediakan SOP untuk perjalanan mereka pulang ke bandar.

"Sebarang penjelasan dan pencerahan mengenai SOP perjalanan mereka pulang ke bandar akan diumumkan PDRM nanti," katanya.