KEMAMAN - Seramai 8,631anak kapal termasuk 1,825 kru dari negara dilanda pandemik koronavirus (Covid-19) telah menjalani proses saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA) Tanjung Berhala (Pelabuhan Kemaman) dan PMA Pelabuhan Kerteh di sini.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, hasil saringan kesihatan ke atas semua anak kapal mendapati mereka semua sihat dan tidak membawa virus itu.