Pekebun parah terkena peluru sesat

Iklan
Lokasi mangsa terkena peluru sesat di kebun buah-buahan belakang Taman Kinta Perdana.

BATU GAJAH - Seorang pekebun nyaris maut dipercayai terkena peluru sesat di leher ketika bekerja di kebun buah-buahan belakang Taman Kinta Perdana, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, Muhammad Safwan Abu Jaapan, 20, yang berasal dari Parit cedera parah namun, keadaannya kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Batu Gajah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya sedang membersihkan kawasan kebun yang diusahakan sejak 10 tahun lalu.

"Rakan mangsa terdengar bunyi letupan dan sedari mangsa yang berada berhampirannya telah rebah dan nampak darah mengalir di leher.

Iklan

"Mangsa pada awalnya menerima rawatan di Hospital Batu Gajah telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mengeluarkan serpihan peluru penabur di leher yang dapat dilihat menerusi hasil imbasan X-ray,” katanya.

Menurutnya, kejadian disyaki akibat peluru sesat yang dilepaskan oleh pemburu haram di kawasan belukar di seberang Sungai Kinta.

Iklan

"Kawasan belukar itu dijadikan lokasi memburu ayam hutan dan binatang lain. Jaraknya dianggarkan 100 meter dari lokasi kejadian.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960,” katanya.