Lebih 1.2 juta muat turun aplikasi Gerak Malaysia

Iklan

KUALA LUMPUR - Lebih 1.2 juta individu telah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia bagi melakukan pergerakan rentas negeri sehingga 12 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu sebanyak 503,276 individu telah memohon permit berkenaan sejak 25 April lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk mengemas kini maklumat terkini menerusi aplikasi itu bagi melancarkan proses pergerakan rentas negeri.

"Aplikasi ini telah dinaik taraf ke versi 2.0 dengan membolehkan orang ramai menetapkan perjalanan yang ingin dilakukan sebelum 6 Mei ini,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, perjalanan boleh dilakukan bermula 7 hingga 10 Mei mengikut hari dan negeri yang telah ditetapkan.

AKAN MENYUSUL