Majikan, pekerja perlu laksana normal baharu

Iklan
Tan Sri Soh Thian Lai

SHAH ALAM - Semua majikan dan pekerja digesa terus melaksana normal baharu serta mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ketika beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, langkah itu perlu bagi memastikan usaha untuk mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) dapat dilakukan dengan sebaiknya.

Iklan
Iklan

"FMM menggesa industri untuk terus melaksana norma baru dalam menjalankan perniagaan terutama keperluan mengikut langkah-langkah berjaga Covid-19 dalam SOP operasi.

"Kilang terutamanya perlu beroperasi dalam persekitaran terkawal dan majikan perlu mengikut SOP seperti penjarakan sosial, sanitasi, mensanitasi tempat bekerja, memeriksa suhu badan dan kesihatan.

Iklan

"Melalui SOP ketat ini majikan dapat membuat pengesanan awal sebarang kes luar biasa dan meminta mereka diuji dan dirawat dan menyediakan pengesanan kontak pekerja terbabit kepada pihak berkuasa," katanya pada Sinar Harian semalam.

Thian Lai berkata, sebagai tambahan, FMM turut menggesa majikan melaksanakan Perancangan Perniagaan Berterusan.

Iklan

Katanya, ia termasuk melaksanakan pengurusan waktu kerja fleksibel, mengekalkan penjarakan sosial dan polisi lain bagi membolehkan pekerja bekerja dari rumah dan selamat kerana dapat membantu melaksanakan SOP secara berkesan.