JAWA BARAT - Sepasang suami isteri di Cianjur, Jawa Barat menamakan anak mereka yang baru lahir sebagai Corona sempena kelahiran bayi itu semasa krisis wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia.
Menurut laporan The Jakarta Post, bayi perempuan yang bernama Nara Fatimah Corona itu telah dilahirkan pada hari Khamis sekitar jam 12 malam (waktu tempatan) di Pusat Kesihatan Masyarakat Cugenang di Cianjur.
Iklan
Iklan
Bapanya, Bayu Ramdhan, 32, berkata, nama belakang bayinya itu tidak merujuk kepada sesuatu yang negatif semata-mata kerana perkataan itu juga bermaksud 'mahkota' dalam bahasa Latin.
"Ini tidak bermaksud dengan menamakan bayi saya Corona, saya ingin dia mendapat virus. Ia hanya peringatan (mengenai wabak Covid-19)," katanya.
Pasangan itu bukanlah orang pertama yang menamakan anak mereka sempena wabak itu kerana terdapat juga beberapa pasangan suami isteri yang turut menamakan bayi mereka sempena virus tersebut.
Terdahulu, pasangan suami isteri di Bacolod, Filipina, memutuskan untuk menamakan bayi perempuan mereka yang lahir pada 13 April sebagai 'Covid Marie' beberapa minggu selepas dua orang wanita di selatan India menamakan anak mereka 'Corona Kumar' dan 'Corona Kumari', seperti yang disarankan oleh seorang doktor di hospital tempat bayi-bayi tersebut dilahirkan. -Agensi
Artikel Berkaitan