Celcom tawar 100,000 telefon pintar percuma

Iklan
Celcom mengambil inisiatif menyuntik semangat positif rakyat dalam krisis Covid-19 dengan kempen Ramadan dan Syawal yang dianjurkan. Gambar kecil: Idham

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menawarkan 100,000 telefon pintar dengan pilihan meluas secara percuma kepada rakyat Malaysia yang mendaftar pelan pascabayar Celcom MEGA Lightning.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada tawaran syarikat berkenaan untuk menyokong dan menyuntik semangat positif rakyat dalam krisis penularan koronavirus (Covid-19) dengan kempen Ramadan dan Syawal iaitu #StaySafe #RamadanKu serta #StaySafe #RayaTetapBersama.

Iklan
Iklan

"Sebagai tambahan, Celcom turut menyediakan pelbagai tawaran untuk pelanggan pascabayar dan prabayar dalam tempoh ini antaranya ialah bermula 1 Mei sehingga 24 Jun, pelanggan Celcom mengikuti perkembangan terkini dengan kandungan Nak Hadiah Raya melalui kod USSD *118*9# meliputi akses percubaan percuma seminggu bagi Muslim Kids TV, tiga lagu Ramadan atau raya dan banyak lagi kandungan digital Raya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, Celcom juga menawarkan potongan 50 peratus bil pascabayar Celcom MEGA dan talian keluarga selama tiga bulan.

Iklan

"Tawaran sah sehingga 31 Mei 2020 dan rebat ditawarkan kepada pendaftaran baharu Celcom MEGA dengan pas seperti Unlimited M, Unlimited L, atau Lightning M, L, atau XL melalui Celcom Online Shop.

"Bermula 1 Mei sehingga 30 Jun 2020 pula Celcom menawarkan pelan dalam talian eksklusif bagi prabayar seperti pek Celcom Xpax SIM kini tersedia di Celcom Online Shop,” katanya.

Iklan

Celcom merupakan operator mudah alih swasta pertama di Malaysia yang mempunyai liputan meluas bagi rangkaian 2G, 3G dan 4G LTE.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1988 itu mempunyai kira-kira 13 juta pelanggan setakat ini.