Che Tam dapat Atan baharu

Iklan
Che Tam bersama kerbau yang menjadi haiwan baharu kesayanganya di rumahnya di Felda Lepar Hilir Dua.

KUANTAN - Kesedihan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang kehilangan kerbau kesayangannya yang diberi nama Atan sembilan hari lalu terubat apabila bapanya menggantikan seekor kerbau balau jantan berusia 3 tahun.

Azman Umar, 29, berkata, Afina Aqila atau lebih mesra dipanggil Che Tam juga tidak mahu makan kerana terlalu merindui kerbau kesayangannya itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia dan isteri, Nurul Nadia Ahmad, 26, membuat keputusan membeli kerbau milik seorang penternak di Felda Jengka 18, Maran pada harga RM5,700 bagi menggantikan kerbau kesayangan anaknya itu.

"Itu usaha terakhir saya. Walaupun belum mesra tetapi saya saya yakin Che Tam dan Atan akan menjadi sahabat baik," katanya ketika ditemui hari ini

Iklan

Kisah Che Tam tular di media sosial tahun lalu susulan beberapa video dimuat naik Azman ke Facebook (FB) menunjukkan telatah anak perempuannya sedang mengejar kerbau kembali ke kandang sambil menunggang haiwan itu dan pernah disiarkan sebuah akhbar tempatan.

Video berdurasi 40 saat itu memaparkan Che Tam berbaju kurung sedang memberi arahan kepada beberapa kerbau dengan menjerit 'balik' beberapa kali menarik perhatian warganet.

Iklan
Che Tam (tengah) bersyukur kerana ayah, Azman (kanan) dan ibunya, Nurul Nadia (kiri) membuat keputusan mengantikan Atan yang hilang di rumahnya di Felda Lepar Hilir Dua.

Pada 25 April lalu, Atan dan dua lagi kerbau peliharaannya hilang hingga memaksa Azman yang menetap di Felda Lepar Hilir Dua menawarkan ganjaran RM1,000 kepada individu yang menemui kerbau betina yang sedang bunting itu.

Katanya, Che Tam mula dapat menerima kehadiran kerbau terbabit walaupun berbeza warna, saiz dan jantina.

"Tapi, buat masa ini saya tidak membenarkan anak saya (Che Tam) bermain dengan kerbau baharu itu tanpa pengawasan kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

"Saiz Atan baharu lebih besar dengan berat dianggarkan 350 hingga 400 kilogram (kg), walaupun garang namun saya yakin haiwan berkenaan akan manja dan jinak dengan Che Tam dan kami sekeluarga tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, Nurul Nadia bersyukur kerana Che Tam kini kembali gembira

"Ini dia ( Che Tam) dah kembali ceria, dia sudah mula faham dan menerima kehadiran Atan baharu walaupun masih tidak lagi mesra," katanya