Jurulatih pasukan hoki wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu, Mohd Shahrun Nabil Abdullah memilih untuk menjalankan perniagaan roti john dan burger secara kecil-kecilan di halaman rumah keluarganya di Kampung Jeram Hulu, Tepoh ketika tinjauan semalam.
Mohd Shahrun Nabil yang juga bekas kapten pasukan hoki kebangsaan berkata idea untuk berniaga timbul selepas melalui tempoh rehat yang panjang ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.