DHAKA - Bangladesh menghantar sekumpulan kecil pelarian Rohingya ke sebuah pulau terpencil di selatan negara itu, selepas mereka ditemukan terapung di laut sejak beberapa minggu, lapor agensi berita Anadolu.
"Sekumpulan 29 pelarian Rohingya dibawa ke pulau Bhasan Char pada Sabtu selepas diselamatkan pihak penguat kuasa Bangladesh di Teluk Bengal," kata seorang pegawai Suruhanjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang, yang enggan namanya disiarkan.