LONDON - Lagi 315 pesakit koronavirus (Covid-19) maut di Britain, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 28,446, kata Menteri Kabinet, Michael Gove pada Ahad, menurut agensi berita Xinhua.
Dalam tempoh 24 jam lalu sehingga 9 pagi (0800 GMT) Ahad terdapat 76,496 saringan Covid-19 sudah dijalankan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, dalam beberapa hari lagi, Perdana Menteri Boris Johnson akan mengumumkan rancangan kerajaan mengenai langkah yang bakal dilaksana seterusnya apabila sekatan pergerakan di Britain dilonggarkan.
Katanya, pelan komprehensif itu termasuk 'bagaimana untuk memacu kembali ekonomi, membuka semula sekolah, perjalanan dan persekitaran tempat kerja yang lebih selamat.'
Beliau berkata, kerajaan juga akan memperuntukkan dana tambahan £1.6 bilion (AS$2 bilion).
Sementara itu, Pengarah Perubatan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) England, Stephen Powis berkata, waktu puncak kemasukan ke hospital sudah berlalu, terutamanya di London.
Ini 'terbukti' dengan kadar penularan wabak dalam masyarakat semakin menurun, walaupun terdapat peningkatan kes ia disebabkan pertambahan orang yang menjalani saringan Covid-19, kata Powis. -Bernama