SPR buat laporan polis susulan tular kertas undi

Iklan

TANAH RATA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran kertas undi bagi PRK Cameron Highlands yang tular di media sosial.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

Iklan
Iklan

Katanya, SPR mendapati bahawa gambar tersebut adalah kertas undi pos yang dikeluarkan kepada pengundi pos pada 13 Januari lalu.

"Tindakan menularkan gambar kertas undi tersebut merupakan satu kesalahan dan tuduhan pihak tertentu yang mengatakan suruhanjaya mengeluarkan kertas undi sebelum hari pengundian merupakan satu fitnah dan berniat jahat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau mengingatkan pengundi dan semua pihak agar sentiasa menjaga kerahsiaan serta tidak mempamerkan kertas undi mana-mana pilihan raya kepada umum sama ada di laman media sosial dan lain-lain.

Katanya, tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

Iklan

PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH, M. Manogaran, BN yang meletakakn bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Nor serta dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61, dan petani, Wong Seng Yee, 40 tahun. - Bernama