Tapah 40kg rezeki Ramadan!

Iklan
Azran bersama ikan tapah seberat 40kg yang berjaya dinaikkan menggunakan tajur

JERANTUT - [DIKEMAS KINI] Ikan tapah seberat 40 kilogram (kg) menjadi rezeki Ramadan Azran Abdul Sani selepas menahan tajur di Sungai Tembeling kelmarin.

Azran yang bekerja sendiri di Kampung Pagi di sini meletakkan 11 batang tajur yang diikat pada dahan pokok dengan menggunakan umpan anak ikan kerai sebelum kembali semula selepas Subuh semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lima tahun lalu, dia pernah menaikkan ikan jenis sama seberat 31kg dengan menggunakan peralatan sama.

"Saya meletakkan beberapa batang tajur kelmarin dan tidak menyangka ada dua ekor ikan seberat 40kg dan 8.6kg," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan
Azran anggap rezeki Ramadan selepas dua ikan tapah berjaya dinaikkan.

Tambahnya, ikan terbabit telah habis dijual pada harga RM45 sekilogram.

Bagaimanapun katanya, peraih biasanya membeli harga ikan itu sehingga RM60 sekilogram tetapi beliau terpaksa menjual sendiri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

Azran bersyukur kerana ikan tapah itu menjadi rezeki tambahan kepada keluarganya ketika umat Islam menyambut Ramadan dan PKP.

Jelasnya, sepanjang Januari hingga kini, dia sudah menaikkan ikan tapah sebanyak lima kali.

"Ikan ini mudah dapat apabila musim air pasang kerana ia akan keluar mencari makanan," ujarnya.